• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

Tuesday 28 March 2017

Jualan telefon pintar global naik 19.3 peratus, diterajui pasaran baru



KUALA LUMPUR: Jualan global telefon pintar kepada pengguna akhir mencecah 336 juta unit, peningkatan sebanyak 19.3 peratus, pada suku pertama 2015, didorong oleh jualan kukuh dalam pasaran baru muncul, termasuk China, kata sebuah firma penyelidikan. Pengarah Gartner Research, Anshul Gupta, berkata kawasan yang paling pesat berkembang adalah di Asia Pasifik, Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika Utara. Katanya, disebabkan prestasi jualan yang tinggi di kawasan-kawasan ini, pasaran tersebut mengalami peningkatan jualan sebanyak 40 peratus dalam suku pertama 2015. "Dalam suku berkenaan, jenama tempatan dan vendor China muncul sebagai pelopor utama dalam pasaran baru muncul ini," kata Gupta dalam satu kenyataan hari ini. Di kalangan lima vendor telefon pintar global yang paling utama, Samsung merekodkan penurunan dalam penguasaan pasaran dan jualan pada suku pertama 2015 pada 24.2 peratus (81.1 juta unit) daripada 30.4 peratus (85. juta unit) jualan telefon pintar dalam setahun yang lalu. "Kami menjangka kadar penurunan Samsung akan menjadi lebih perlahan, selepas menerima sokongan daripada jualan telefon pintar S6 yang baharu bermula pada suku kedua 2015, Galaxy Alpha juga menerima respon yang baik," kata Gupta. Apple terus mempamerkan prestasi yang kukuh pada suku berkenaan, terutamanya di China, dengan jualan iPhone mencapai 72.5 peratus (60.17 juta unit), menjadikan Apple, vendor nombor satu telefon pintar di China

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/57746

Samsung

Google Lenovo kerjasama keluar telefon pintar




LAS VEGAS: Google dan Lenovo akan bekerjasama untuk mengeluarkan telefon pintar pertama menggunakan pemetaan tiga dimensi yang dibangunkan untuk syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat dikenali "Projek Tango." Kerjasama strategik itu diumumkan di luar Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas akan mengeluarkan peranti pintar generasi baharu yang boleh digunakan untuk pemetaan dalam bangunan. Kedua-dua syarikat berkata, peranti itu akan menjadi telefon pintar berskrin besar dengan paparan sekitar enam inci atau kira-kira 15 sentimeter dan berharga di bawah AS$500 (RM2,196.40). Telefon Tango phone, ditetapkan akan dikeluarkan seluruh dunia pada pertengahan tahun, akan menandakan kemasukan utama pertama kali dalam pasaran telefon pintar AS untuk syarikat elektronik gergasi China. "Ini bukan direka sebagai peranti khusus," kata Naib Presiden Lenovo, Jeff Meredith. "Kami mahu ia mudah diakses kepada khalayak yang lebih besar," katanya. Google mengumumkan projek penyelidikannya pada 2014 yang bertujuan memperluaskan potensi teknologi telefon pintar dalam dunia tiga dimensi. Namun sehingga kini, satu-satunya peranti yang menggunakan Tango adalah tablet yang besar dihasilkan Google untuk pemaju. Pemimpin Projek Tango, Johnny Lee, yang hadir sama pada pengumuman di Las Vegas itu, berkata teknologi itu mengubah telefon pintar ke dalam tetingkap ajaib di dunia. Lee berkata, peranti itu boleh membantu pengguna mencari jalan dalam hotel atau pusat beli belah yang besar atau mengukur saiz bilik dengan tepat sebelum membeli perabot. Beliau menunjukkan bagaimana untuk mendapatkan ukuran segera ketinggian siling, keluasan persegi dan kemudian menguji bagaimana beberapa perabot tertentu akan kelihatan dalam bilik. Projek Tango menggunakan pengesanan kedalaman dan menjejaki pergerakan untuk mewujudkan pengalaman 3D di skrin, sekali gus membenarkan pengguna mendapatkan gambar persekitaran fizikal yang lebih baik. "Terdapat banyak lagi dalam ruang di sekeliling kita yang dapat kita lihat dengan mata kita," kata Lee. Tidak seperti GPS, pengesanan gerakan Projek Tango boleh diguna dalam bangunan, yang membolehkan pengguna untuk mencari arah dalam pusat membeli-belah, atau mencari item tertentu di kedai. Meredith berkata, Lenovo masih menguji beberapa reka bentuk untuk peranti tetapi akan "pasti" dilancarkan pada pertengahan 2016. Kedua-dua syarikat juga mengumumkan "Program aplikasi inkubator" untuk menggalakkan pemaju untuk menghasilkan aplikasi baharu bagi ekosistem. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/112367

Celcom Axiata lancarkan pelan Phone Care Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/141092




KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd telah melancarkan Phone Care, pelan penggantian dan pertukaran telefon bagi membantu pelanggan untuk terus berhubung dengan orang tersayang. Phone Care adalah perkhidmatan penjagaan alat peranti pertama di Malaysia yang membolehkan pelanggan menukar atau menggantikan telefon serta tablet mereka untuk apa-apa sebab, dengan harga langganan yang berpatutan iaitu dari serendah RM4 sebulan atau RM20 selama enam bulan. Ketua Perkhidmatan Pelanggan dan Pegawai Operasi Touchpoint, Syed Md Najib Syed Md Noor, berkata pelan baharu itu boleh dilanggan melalui Blue Cube dan rakan kongsi Celcom Xclusive yang terpilih di seluruh negara. "Syarikat telekomunikasi itu kini menyediakan perkhidmatan pelanggan yang lebih luas bagi memastikan pelanggan mendapat pengalaman yang maksimum, dengan sokongan rangkaian 4G LTE yang paling meluas dan kukuh," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pelanggan pasca bayar dan prabayar boleh mendaftar dalam Phone Care di semua kedai Celcom yang mengambil bahagian dengan pakej atau peranti yang dibeli kurang daripada 30 hari melalui kedai lain

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/141092

Melahirkan pengamal media profesional Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/234709

KETIKA berucap pada malam Wartawan Malaysia 2016 di sebuah hotel di ibu negara pada 20 Mei 2016, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan, disebabkan ledakan internet dan kelahiran jalur lebar berkelajuan tinggi, sesiapa sahaja boleh jadi 'pemberita' dan menerbitkan akhbar sendiri di ruang maya. Soalnya apakah 'pemberita lahir semalam' ini mampu amal etika kewartawanan sepenuhnya seperti digariskan Kod Etika Kewartawanan Malaysia? (lihat lapan tugas utama wartawan yang disebutkan http://mpi.my/etika-kewartawanan-malaysia). Apakah dengan hanya memiliki blog sendiri, akaun Facebook atau Twitter, dan mengisinya dengan berita/cerita/komen/pandangannya setiap hari atau minggu, dia pengamal media bertanggungjawab, penuh kredibiliti dan beretika? Zahid mengakui peranan wartawan dan media 'sebagai estet keempat negara iaitu penegur, pemantau dan pengawas perjalanan kerajaan dan institusi yang bernaung di bawahnya,' sambil mengingatkan 'kerja estet keempat' hendaklah secara berhemah dan tidak melanggar undang-undang negara. Beliau berjanji jika benar ada undang-undang yang mengongkong kebebasan media, tidak sesuai lagi dengan perkembangan semasa dalam penyebaran maklumat - "Saya bersedia untuk mempertimbangkan pindaan atau pemansuhan akta itu." Cuma, dalam tempoh lebih tujuh bulan sejak ucapan itu, apakah sudah ada pengamal media (atau pihak lain yang mewakili mereka) mengesyorkan pindaan atau pembaharuan mana-mana undang-undang berkaitan profesion media negara ini? Saya sebut dua contoh bagaimana orang lain menyusun gerak kerja dengan matlamat mendapatkan persetujuan kerajaan meminda atau memperbaharui undang-undang yang ada kaitan dengan profesion mereka. Pertama, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menubuhkan Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Korporat (CLRC) untuk kaji kedudukan undang-undang syarikat negara selama lima dekad lalu. Selama lebih empat tahun, jawatankuasa ini melaksanakan kerjanya dan akhirnya mengemuka 188 perakuan pembaharuan kepada kerajaan. Pada Jun 2010, Jemaah Menteri menerima sebahagian besar perakuan itu. Selepas itu, kerja penggubalan satu Akta Syarikat serba moden dimulakan. Tahun lalu, Parlimen meluluskan Akta Syarikat 2016 (Akta 777) yang memansuh dan menggantikan Akta Syarikat 1965. Kedua, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) menjalankan kajian semakan Kanun Tanah Negara 1965 dengan kerjasama sepasukan pakar undang-undang tanah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2010. Pada Januari 2012, jabatan itu mengeluarkan dokumen awam 89 halaman bertajuk Review of the National Land Code 1965: Consultation Paper mengandungi pelbagai cadangan penambahbaikan dan pembaharuan. Akhirnya pada 2016 Parlimen meluluskan beberapa pindaan penting, kini terkandung dalam Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2016 (ringkasnya, Akta A1516).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/234709