Tuesday 28 March 2017

Jualan telefon pintar global naik 19.3 peratus, diterajui pasaran baru



KUALA LUMPUR: Jualan global telefon pintar kepada pengguna akhir mencecah 336 juta unit, peningkatan sebanyak 19.3 peratus, pada suku pertama 2015, didorong oleh jualan kukuh dalam pasaran baru muncul, termasuk China, kata sebuah firma penyelidikan. Pengarah Gartner Research, Anshul Gupta, berkata kawasan yang paling pesat berkembang adalah di Asia Pasifik, Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika Utara. Katanya, disebabkan prestasi jualan yang tinggi di kawasan-kawasan ini, pasaran tersebut mengalami peningkatan jualan sebanyak 40 peratus dalam suku pertama 2015. "Dalam suku berkenaan, jenama tempatan dan vendor China muncul sebagai pelopor utama dalam pasaran baru muncul ini," kata Gupta dalam satu kenyataan hari ini. Di kalangan lima vendor telefon pintar global yang paling utama, Samsung merekodkan penurunan dalam penguasaan pasaran dan jualan pada suku pertama 2015 pada 24.2 peratus (81.1 juta unit) daripada 30.4 peratus (85. juta unit) jualan telefon pintar dalam setahun yang lalu. "Kami menjangka kadar penurunan Samsung akan menjadi lebih perlahan, selepas menerima sokongan daripada jualan telefon pintar S6 yang baharu bermula pada suku kedua 2015, Galaxy Alpha juga menerima respon yang baik," kata Gupta. Apple terus mempamerkan prestasi yang kukuh pada suku berkenaan, terutamanya di China, dengan jualan iPhone mencapai 72.5 peratus (60.17 juta unit), menjadikan Apple, vendor nombor satu telefon pintar di China

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/57746

0 comments:

Post a Comment