Tuesday 28 March 2017

Melahirkan pengamal media profesional Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/234709

KETIKA berucap pada malam Wartawan Malaysia 2016 di sebuah hotel di ibu negara pada 20 Mei 2016, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan, disebabkan ledakan internet dan kelahiran jalur lebar berkelajuan tinggi, sesiapa sahaja boleh jadi 'pemberita' dan menerbitkan akhbar sendiri di ruang maya. Soalnya apakah 'pemberita lahir semalam' ini mampu amal etika kewartawanan sepenuhnya seperti digariskan Kod Etika Kewartawanan Malaysia? (lihat lapan tugas utama wartawan yang disebutkan http://mpi.my/etika-kewartawanan-malaysia). Apakah dengan hanya memiliki blog sendiri, akaun Facebook atau Twitter, dan mengisinya dengan berita/cerita/komen/pandangannya setiap hari atau minggu, dia pengamal media bertanggungjawab, penuh kredibiliti dan beretika? Zahid mengakui peranan wartawan dan media 'sebagai estet keempat negara iaitu penegur, pemantau dan pengawas perjalanan kerajaan dan institusi yang bernaung di bawahnya,' sambil mengingatkan 'kerja estet keempat' hendaklah secara berhemah dan tidak melanggar undang-undang negara. Beliau berjanji jika benar ada undang-undang yang mengongkong kebebasan media, tidak sesuai lagi dengan perkembangan semasa dalam penyebaran maklumat - "Saya bersedia untuk mempertimbangkan pindaan atau pemansuhan akta itu." Cuma, dalam tempoh lebih tujuh bulan sejak ucapan itu, apakah sudah ada pengamal media (atau pihak lain yang mewakili mereka) mengesyorkan pindaan atau pembaharuan mana-mana undang-undang berkaitan profesion media negara ini? Saya sebut dua contoh bagaimana orang lain menyusun gerak kerja dengan matlamat mendapatkan persetujuan kerajaan meminda atau memperbaharui undang-undang yang ada kaitan dengan profesion mereka. Pertama, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menubuhkan Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Korporat (CLRC) untuk kaji kedudukan undang-undang syarikat negara selama lima dekad lalu. Selama lebih empat tahun, jawatankuasa ini melaksanakan kerjanya dan akhirnya mengemuka 188 perakuan pembaharuan kepada kerajaan. Pada Jun 2010, Jemaah Menteri menerima sebahagian besar perakuan itu. Selepas itu, kerja penggubalan satu Akta Syarikat serba moden dimulakan. Tahun lalu, Parlimen meluluskan Akta Syarikat 2016 (Akta 777) yang memansuh dan menggantikan Akta Syarikat 1965. Kedua, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) menjalankan kajian semakan Kanun Tanah Negara 1965 dengan kerjasama sepasukan pakar undang-undang tanah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2010. Pada Januari 2012, jabatan itu mengeluarkan dokumen awam 89 halaman bertajuk Review of the National Land Code 1965: Consultation Paper mengandungi pelbagai cadangan penambahbaikan dan pembaharuan. Akhirnya pada 2016 Parlimen meluluskan beberapa pindaan penting, kini terkandung dalam Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2016 (ringkasnya, Akta A1516).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/234709

0 comments:

Post a Comment