Tuesday 28 March 2017

Google Lenovo kerjasama keluar telefon pintar




LAS VEGAS: Google dan Lenovo akan bekerjasama untuk mengeluarkan telefon pintar pertama menggunakan pemetaan tiga dimensi yang dibangunkan untuk syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat dikenali "Projek Tango." Kerjasama strategik itu diumumkan di luar Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas akan mengeluarkan peranti pintar generasi baharu yang boleh digunakan untuk pemetaan dalam bangunan. Kedua-dua syarikat berkata, peranti itu akan menjadi telefon pintar berskrin besar dengan paparan sekitar enam inci atau kira-kira 15 sentimeter dan berharga di bawah AS$500 (RM2,196.40). Telefon Tango phone, ditetapkan akan dikeluarkan seluruh dunia pada pertengahan tahun, akan menandakan kemasukan utama pertama kali dalam pasaran telefon pintar AS untuk syarikat elektronik gergasi China. "Ini bukan direka sebagai peranti khusus," kata Naib Presiden Lenovo, Jeff Meredith. "Kami mahu ia mudah diakses kepada khalayak yang lebih besar," katanya. Google mengumumkan projek penyelidikannya pada 2014 yang bertujuan memperluaskan potensi teknologi telefon pintar dalam dunia tiga dimensi. Namun sehingga kini, satu-satunya peranti yang menggunakan Tango adalah tablet yang besar dihasilkan Google untuk pemaju. Pemimpin Projek Tango, Johnny Lee, yang hadir sama pada pengumuman di Las Vegas itu, berkata teknologi itu mengubah telefon pintar ke dalam tetingkap ajaib di dunia. Lee berkata, peranti itu boleh membantu pengguna mencari jalan dalam hotel atau pusat beli belah yang besar atau mengukur saiz bilik dengan tepat sebelum membeli perabot. Beliau menunjukkan bagaimana untuk mendapatkan ukuran segera ketinggian siling, keluasan persegi dan kemudian menguji bagaimana beberapa perabot tertentu akan kelihatan dalam bilik. Projek Tango menggunakan pengesanan kedalaman dan menjejaki pergerakan untuk mewujudkan pengalaman 3D di skrin, sekali gus membenarkan pengguna mendapatkan gambar persekitaran fizikal yang lebih baik. "Terdapat banyak lagi dalam ruang di sekeliling kita yang dapat kita lihat dengan mata kita," kata Lee. Tidak seperti GPS, pengesanan gerakan Projek Tango boleh diguna dalam bangunan, yang membolehkan pengguna untuk mencari arah dalam pusat membeli-belah, atau mencari item tertentu di kedai. Meredith berkata, Lenovo masih menguji beberapa reka bentuk untuk peranti tetapi akan "pasti" dilancarkan pada pertengahan 2016. Kedua-dua syarikat juga mengumumkan "Program aplikasi inkubator" untuk menggalakkan pemaju untuk menghasilkan aplikasi baharu bagi ekosistem. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/112367

0 comments:

Post a Comment